Description
Hadiah korporat eksklusif ini menampilkan replika Mercu Tanda Putrajaya yang diukir daripada pewter berkualiti tinggi dan disadur dengan emas 24k. Setiap butiran dibentuk dengan teliti bagi menggambarkan keindahan seni bina ikonik Putrajaya dari lengkungan, menara hingga ukiran halus pada permukaan pewternya.
Dengan kemasan emas 24K, ia bukan sahaja menambah kilauan mewah tetapi juga simbol prestij dan penghargaan. Hadiah ini datang dalam kotak hadiah premium dan boleh dicetak logo atau mesej syarikat untuk meningkatkan nilai sentimental. Sesuai sebagai cenderahati rasmi, penghargaan kakitangan, atau penghormatan kepada rakan niaga.










